Di satu pagi Ahad yang hening, sedang seorang isteri mithali lagi solehah yang sedang menyiapkan sarapan untuk suami terchenta diganggu oleh sekumpulan mangsa gempa di Indon ;p

Sedang asyik menggoreng jemput2 di dapur terdengar sayup suara memanggil-manggil.

“Che’ Long.. Che’ Long”

Aikkk.. ada orang datang ke??? Jengah-jengah tingkap depan, rupanya ada 4 orang Indon datang rumah saya pagi-pagi buta hehehe~

Ni lah mangsa gempa bumi kat Indon tu. Diketuai oleh Ibuk Cdot dan dibantu oleh Mbak Yot. Kasian deh lor. Lapar banget sih ;p

Nasib baiklah saya buat jemput-jemput lebih, dapat juga bagi alas perut kat mangsa-mangsa ni kan. Dah le hujan pagi tu, confirm dia orang ni kelaparan.


Cdot yang malu-malu nak mengaku kesedapan jemput-jemput ikan bilis saya. Sampai minta resepi tu. hahahaha~

Saya tak tahu apa masalah si Epet ni. Kata Cdot, dia mengantuk. Lepas duduk, dia terbaring pulak. Saya tetap tak faham. Tak tahu mata dia celik ke pejam sebab sepanjang masa nampak macam terpejam hehehe~ Ampun Epet. (nama sedap-sedap, tapi bila dah jadi ahli keluarga Long Kadir, ada je nama samaran pelik2)

Konon-kononnya dia nak lawan lubang hidung tuan rumah, tapi diameter lubang hidung dia tak cukup besar nak kalahkan lubang hidung tuan rumah. Dahsyat sungguh rupa bini Apek ni.

“Sorry ye Dot, please try again later”

[nota untuk Cdot: Haaa..puas hati tak? semua orang dah nampak lubang hidung + bibir ko? hahaha~]

post signature