Pagi tadi berlangsungnya majlis perpisahan Pak Syed, pilot driver di department saya. Alhamdulillah majlis meriah walaupun sederhana.


Pak Syed yang diraikan. Sedih juga la muka dia tadi. Pak Syed akan menjalani pembedahan jantung kalau tak silapnya esok petang. Semoga semuanya selamat.

Cenderamata untuk Pak Syed. Frame ni saya tak tahu siapa punya idea dan siapa yang beli. Yang penting project vcd kami memang mantop. Chewah~ Siapa nak puji kalau bukan kami ni. Bukan saya yang buat editing bagai, yang buat si Nazam, tu ha yang baju hitam nun.


Main menu, laksa Johor dan nasi lemak. Tapi saya pilih laksa Johor. Macam dah lama tak makan. Rasa boleh tahan sedap. Tukang masaknya salah sorang isteri driver yang ada juga. Saya ada juga bawa kuih dan kerepek raya. Buat-buat tambah makanan.

Layankan je la gambar-gambar kami ni. Permaisuri 6th Floor dan dayang2 hehehe~


Ni calon-calon isteri solehah ni. Tukang potong kuih dan buat air. (dari kiri: Ita, Zaza & Siti – GEMS Trainee)

Cuba tengok pelik tak? Seumur hidup saya dah 28 tahun ni, tak pernah tengok orang makan kuih tart gulung cicah sambal tumis. Alahai, apa la rasanya tu ek.

Ni la pakcik yang makan tart gulung cicah sambal tumis. Pak Dolah, pilot driver juga. Aneh-aneh je kan makan macam ni hehehe~ Bila saya tengok dia makan macam ni, saya terus suruh dia bergaya sikit depan camera. Sporting juga orang tua ni hehehe~

Lepas habis makan-makan, kami sambung kerja dengan semangat yang kurang membara huhuhu~ Perut dah kenyang biasa la tu kan.

Tengahari sambung makan lagi saki baki yang ada. Jimat kos betul hari ni🙂

post signature