Malam sebelum tidur dah plan awal-awal dengan En. Nazir. Esok paginya nak ajak breakfast dekat Warung Poyot. Dia macam biasa ok saja.

Tekak ni dah terasa-rasa roti tampal goyang cicah kuah kari dia tu. Sedapnya.

Pagi tu pulak hujan ala-ala lebat jugalah. Nak batalkan plan, rasa memang dah teringin sangat ni. Alhamdulillah hujan reda. Kami pun terus je terjah.

Saya order teh ais (dah sejuk-sejuk hujan pun minum teh ais), En. Nazir pulak teh tarik.


Katanya dah teringin roti telur tampal goyang tu, jadi kami order menu yang sama.


Dicicah pulak dengan kari ayam dan kari daging yang sedap ni. Kenyang perut suka hati😉

Settle makan-makan, terus balik rumah mak. Mak kata saya dah lama tak nampak bayang. Maklumlah last week balik lewat setiap hari, jadi tak sempat nak menjengah mak selalu. Ingatkan nak singgah sekejap, tiba-tiba En. nazir bagi cadangan supaya masak dan makan di rumah mak. Saya pun on je. Terus ajak pergi kedai beli lauk pauk.

Lunch kami disaji dengan asam pedas ikan sembilang, sotong goreng dan sayur bendi goreng. Dalam pukul 2 baru balik rumah, siap-siap basuh baju yang dah selonggok menanti. Petang ada agenda lain😉

post signature