Apa yang best sangat tadi tu???

Kami sangat teruja dengan Nikon D3000 DSLR ni. Saja buat price survey.

Adoyai bilalah nak dapat sebiji ni. Kami memang nak usahakan untuk dapatkan. Bila tu tak pasti lagi. Insya’Allah kalau ada rezeki lebih, cepat je kami beli hehehe~

Si dia yang sedang berangan. Sempat juga saya jadi model tak jadi camera ni. Saja nak test kehebatan camera ni.

Ni Aiman tak kisah salesman kat Camera Zone ni. Digital camera kami pun beli di sini. Peramah orangnya dan tak kedekut ilmu. Banyak juga soalan-soalan yang keluar dari En. Nazir. Aiman ni pun minat photography.

Dia offer kami Nikon D3000 DSLR ni RM2,288 (cash) plus aksesori and 2 days photography course. Bila dengar ada photography course tu rasa macam best juga. At least, dapat juga tambah ilmu. Memang ada plan nak hantar En. Nazir ke photography course, dah ada yang free and basic kita pergi yang free dulu ye tak. Lepas tu baru pergi yang advance. Wahhh.. impian melangit tu. Ye la, ni perancangan masa depan. Cheh~

Bual punya bual, si Aiman ni orang Gelang Patah daaa. Saya cakap orang kampung kena bagi diskaun lebih sikit. Sempat ambil business card dia, senang nak contact nanti. Before kami balik dia bagi turun lagi sikit pricenya, RM2150. Semakin teruja pulak.

Ada siapa-siapa tahu price ni reasonable ke tak? Boleh kongsi dengan kami..

Lepas penat dan teruja survey DSLR camera, perut terasa lapar. Terus tuju KFC je, next week dah nak makan sedap. So this week makan KFC je la ye. Malas nak snap gambar. Korang mesti dah jemu tengok KFC kan hehehe~

Sempat melepak berdua kat luar sambil belek-belek brochure Sony DSLR camera. Dua-dua dah kepenatan. Lepas ni terus chow chin chow. Yang penting, “Hernee tak tidur langsung masa on the way balik rumah”😉

post signature