Hari ni ada sesi video shooting kat office. Cheh~ ye ye o je kan. perasan artis pulak. Bukan apa pun ni projek untuk farewell party untuk one of our officemate. Semalam tiba-tiba datang idea nak buat ucapan sorang2 then burn kat vcd. Tukang edit meng’edit’ tu semua adalah kerja Nazam. Kami yang lain tukang cakap je. Boss saya sekali kena paksa bagi ucapan. hehehe~

Malu juga mula-mula tu. Saya memang tak berapa rapat pun dengan Pak Syed ni. Tapi dah seoffice la katakan bagi je lah ucapan apa yang patut.

Majlisnya insya’Allah next Tuesday. Makan-makan semuanya urusan En. Halim dan Nazam. Saya cuma uruskan air dibantu oleh Dayang2 6th Floor ni (Zaza, Siti and Ita). Tapi tadi tiba-tiba En. Halim dan Nazam minta saya cari siapa2 yang boleh masak untuk jamuan kami tu. Aiyooo.. mahu cari siapa ni ek? Saya nak masak? Mana sempat pagi-pagi hari tu (alasan!). Minta2 tak jadilah. Bukan tak jadi majlisnya, i mean tak jadi minta saya cari tukang masak. Amin2.

Antara ucapan saya untuk Pak Syed,

Selamat bersara dan semoga pembedahan jantung nanti berjalan lancar.. Selamat menggunakan duit EPF yang ada.. Kalau rasa terlebih-lebih bagilah kami sikit..

Boleh ke ucapan untuk orang nak bersara macam tu? Hentam sajalah labu ;p

post signature