Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy Birthday to Farid..
Happy birthday toooooo.. youuuuuu..

Hari ni birthday adik saya Farid yang ke 11 tahun. Tapi kami tak dapat sambut sama-sama di sini. Malam tadi saya sms Abi, wish birthday untuk Farid tiba-tiba hati jadi sayu pulak automatik air mata meleleh. Kami jumpa pun masa my wedding last year bulan 10. Dah nak masuk setahun dah. Apa pun tetap keep in touch dengan dia dan family.

Untuk Farid tersayang,

Selamat ulangtahun ya. Semoga menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Kak Long sayang Farid sangat-sangat.

Untuk Umi, Abi dan Fat,

Terima kasih atas curahan kasih sayang dan didikan agama yang kalian berikan. Semoga Allah saja yang dapat membalasnya.

Semoga Allah memberi rahmat kepada kita sekeluarga dan dijauhkan dari segala malapetaka. Amin.

Next birthday for this month..

  • My ayah and Pak Long – 10 October 2009
  • My Pok Teh – 13 October 2009
  • My BFF Aien – 17 October 2009
  • My BFF Kak Tam – 19 October 2009

Paling penting… Our 1st Anniversary on 18 October 2009..

post signature