Bukan. Kami bukan pemenang deko..deko..deko.. tu. Ni cerita dua hari lepas. Balik dari kerja saya tengok ada lampu tergantung depan pintu. Sebelum ni cuma ada sarang burung tempua, sekarang dah ada lampu pula.

Semuanya hasil kerja tangan En. Nazir men’deko’ rumah kami. Memang dah lama plan nak pasang lampu pada sarang burung tempua ni, tapi asyik tertangguh. Sekarang dah pun mnyala lampunya.

Jadilah kan, tak perlu modal yang banyak. Sarang tempua pemberian Pak Anjang, beli mentol dan wayar untuk wiring. Itu saja, mudahkan. Mudah cakap, sebab bukan saya yang buat hahahahaha.

post signature