Masuk hari ni dah dua hari saya menatap PC pagi-pagi di hari cuti. Semuanya atas arahan Wak Sam. Siapa dia tu? Dialah ayah saya. hehehehe~

Suruh buat surat lah apalah. Hari ni suruh lagi. Macam-macam. Layankan saja. Nanti kecil hati pula orang tua tu ;p

Dah terlanjur depan PC haruslah ambil kesempatan untuk online sekejap.

Malam semalam misi saya membuat kuih berjaya akhirnya. Itu pun cuma dapat buat Cornflakes madu saja. Mata dah tak tahan mengantuk. Sambil buat mata sambil terpejam. hehehe~

Hari ni insya’Allah nak cuba buat satu jenis lagi.

Ok, stop here, surat pun dah siap. Ada kerja nak buat.

Selamat berhujung minggu~

[nota sedih: nemo tak sihat, kesian dia senyap je tak aktif macam selalu]

post signature