Pagi ni tiba-tiba rasa darah tersirap-sirap sedapnya air sirap.

Ada seorang Hamba Allah dah spoilled my fasting mood.

Aduhai, sabar je lah dengan perangai manusia ni kadang-kadang.

Kalau dah kerja awak hantar surat, kenapa mesti nak merungut, nak membebel macam mak joyah eeeeeeeeee.. tak faham betullah.

Ada sekali tu, saya pass document pada si Hamba Allah ni untuk department lain. Sedap-sedap dia kata saya malas.

“Ala ko ni.. hantar je la sendiri”

Saya memang dah lama perasan dia ni punya perangai. Tapi saya diamkan saja. Dalam hati geram juga.

“Dah kerja ko dispatch, takkan lah aku yang nak kena hantar semua. Abis ko nak buat keje ape? Baik aku je yang jadi dispatch”

Sayangnya, bebelan saya tu hanya saya saja yang mendengar. Dia tak dengar pun. huh~

Pagi ni, kad raya yang se’bundle’ dari department saya nak dihantar ke customer dah di reject bulat-bulat. Dia kata saya tak isi form lah apa lah.. bla.. bla.. bla.. malas nak dengar.
Sebelum ni tak ada pun kena isi form untuk kad raya and semalam pun saya dah confirmkan tak payah isi form. Ke dia yang malas nak kena tampal setem yang banyak. Uisyhhh.. kan dah saya buruk sangka. Astaghfirullahalazim.

Sudahnya, saya ia kan saja. Malas nak panjang cerita. Tapi tetap nak luahkan isi hati dalam blog ni.

post signature