Tadi saya hantar reminder e-mail kepada semua Head of Section and my General Manager untuk approve pending leave application from staff. (cara halus saya nak suruh boss saya approve cuti raya saya)

Sekejap lepas tu, boss call saya (bilik sepelaung saja nak main call2)

“Nee.. you cuti raya seminggu aeh?”

Saya menjawab dengan hati yang suci, sesuci lebaran.

“Yes capt.. i tambah 3 hari lagi”

“Ye la.. seminggulah tu..” kata boss saya.

Aduh, kenapalah saya macam kesengalan petang ni. Jawab sajalah seminggu, straight to the ampang point pusing-pusing pula.

“Ok lah kalau macam tu.. ada apa-apa you kena buat tak on that week? dia tanya lagi.

(haiyoo..kenapa macam banyak soal pula ni, tapi cakap dalam hati saja)

“Tak ada apa-apa urgent on that week Capt.. Week 40 baru banyak kerja”

“Emm.. ok nanti i approve”

“Ok.. thank you capt”

Yes..yes.. terus dapat notification e-mail from the system.

Dengan perasaan bangganya saya forwardkan email to my officemate yang sampai sekarang masih belum plan nak bercuti raya. Kerja rajin-rajin ya, saya cuti dulu. hikkkssss.

post signature