Semalam seperti yang saya beritahu, saya terpaksa balik lewat kerana ada tugas yang perlu diselesaikan.

Perkara pertama yang saya buat ialah sms En. Nazir. Mestilah kena beritahu dia dulu. Nanti tak pasal-pasal dia menunggu saya.

Oleh kerana dah pukul 6 petang jadi kami memilih untuk berbuka di sekitar Gelang Patah saja. Malas nak keluar jauh-jauh. Kedai pilihan, tak lain dan tak bukan, Kedai Awe. (pandai-pandai tukar nama kedai)

Sebelum menerjah ke kedai makan, kami sempat ke Bazar Ramadhan. Memandangkan saya kepenatan, jadi En. Nazir saja yang beli makanan. Lagi pun dia yang mengidam “Cendol Racun” jadi biarkan dia saja yang turun. Saya tunggu dalam kereta.

Cendol Racun yang sedap

Inilah “Cendol Racun” yang sedap kegilaan En. Nazir. Memang sedap, cukup rasa dan tak mengecewakan. Cendol ni tak beracun ya kawan-kawan, cuma peniaga ni bagi nama ni untuk tarik pelanggan.

Inilah dia Hamba Allah yang mengidam nak minum cendol. Sampai kekenyangan nasib baik habis juga cendol nya.

Menu kami untuk buka puasa. Macam biasa, tak ada yang berbeza. Masih memilih nasi putih, tomyam seafood, kailan ikan masin, telur dadar dan tak dilupakan sambal belacan yang sedap itu.

Alhamdulillah, kenyang. Sementara menunggu waktu berbuka, kami didendangkan dengan rancangan radio yang tak dikenali. Mula-mula rasa pelik, kenapa asyik ada iklan loghat Kelantan. Rupanya dia buka radio THR. Tunggu punya tunggu azan maghrib, tapi tak kunjung tiba, saya terus call adik saya tanya dah masuk waktu berbuka ke belum. Bila dah confirm waktu berbuka kami terus berbuka macam biasa.

Separuh nasi habis, baru radio umumkan.

“Sekarang masuklah waktu berbuka puasa di daerah Kota Bharu, Kelantan”

Azan pun ke udara.

Wahai En. Awe sekalian, anda berada di negeri Johor. Apalah kiranya anda membuka radio Johor.fm atau pun Best104 untuk memudahkan kami para pelanggan mengetahui waktu berbuka puasa. Layankan saja.

Itu saja cerita buka puasa kami semalam. Hari ini saya akan berbuka seorang diri atau mungkin berbuka di rumah emak. En. Nazir berbuka di tempat kerja yang sememangnya juadah berbuka yang di sponsor oleh pihak syarikat. Rancangan saya untuk masak seringkas mungkin maklumlah saya kan pandai masak…tapi x cukup hebat…..

post signature