[Khas Buat Ayahanda Zulkarnain]


Kak Ayu belikan ultraman untuk Izhan, Iffah dan Ayong

Hari pertama mak balik ke rumah, Mok Teh dan anak-anak datang menziarah.

Sampai di muka pintu, Izhan berdukung. Kata Mok Teh dia tidur masa on the way ke rumah mak. Bila dibaringkan di sofa tiba-tiba dia terjaga dan senyum. Mungkin masih mamai.

A few minutes lepas senyum dan buat muka tak tahu, dia menangis.

Bila ibunya tanya, “Adik kenapa?”

Dia pun jawab, “Kita nak makan nasi” sambil menangis sekuat hati macam baru lepas kena rotan. Kelakar betul Izhan ni.

Saya pun sibuk bertanya.

“Adik, kenapa nangis? Janganlah nangis”

Dia jawab sambil tersedu sedan.

“Kita nak makan nasi kat rumah atok.”

Mok Teh pun menggeleng kepala, kata Mok Teh masing-masing dah kenyang sebelum datang ke rumah mak. Izhan saja nak bagi gempak. Kak Ngah nak bagi makan nasi tapi dia tetap nak balik ke rumah. Akhirnya Kak Ayu berjaya pujuk Izhan ke kedai beli jajan. Bila dah dapat jajan terus diam dan tak nak balik.

As for Iffah dan Ayong, masing-masing dah besar dan tak meragam. Izhan yang saya perhatikan agak pemalu. Bila dia malu, macam-macam aksi dia buat dan yang jadi mangsa Iffah dan Ayong. Kelakar bila melayan sepupu-sepupu saya ni.

post signature