semalam tepat pukul 5 saya dah bergegas balik.

plan nak berbuka di rumah mak anjang. sebelum ke sana kenalah bawa sikit buah tangan. takkan nak datang tangan kosong. ye tak.

kami tak sempat ke bazar, cuma beli di kawasan perumahan kami je. beli air dan 2 keping murtabak. teruja nak makan lauk ketam sambal tau. rasa masa berjalan sangatlah lambat adanya.


ini menunya. gambar tak jelas sebab tangan saya menggigil lapar. alasan~

menu sangatlah sedap untuk tekak saya yang kuat makan ni. mak anjang saya masak ketam sambal, ketam rebus, betik masak lemak, ikan kitang goreng cicah sambal kicap. sedapnya.

bila dah jumpa makanan masing-masing senyap. fokus pada makanan. mak anjang punya masakan lebih kurang masakan mak saya. jadi bila rindu masakan mak, masakan mak anjanglah yang jadi pengganti. en.nazir pun setuju. dia kata masakan mak dan mak anjang lebih kurang sama. ye la sifu masak untuk adik-adik ayah ialah mak saya mestilah resepinya pun sama.

banyak betul saya makan. sampai nak muntah rasanya. dah habis makan nasi saya meratah ketam. kalau dah favourite memang macam nilah rupanya.

terima kasih untuk mak anjang and family. kenyang sungguh kami bertiga (read: saya, en. nazir dan ana) next time boleh tumpang buka puasa lagi. hehehe~

post signature