semalam english class yang terakhir.

rasa macam sekejap sangat masa berlalu.
tak puas nak mengular kembali ke alam study ;p
semalam juga ada final test. sementara menunggu kak ita, saya dan wawa sempat mentelaah. semangat kami nak menjawab soalan macam masa final exam dulu-dulu. padahal memang tak cukup study.


[muka ala-ala minta simpati]

macam biasa, lepas satu jam pertama kelas kami berhenti rehat.

time for ‘makan-makan’ sebelum tu dah puas menjawab soalan cepu emas. boleh tahan soalannya. menu semalam, mee rebus. oleh kerana makcik puasa, maka makcik hanya mampu tengok kawan-kawan makan saja. miss vani suruh tapaw buat buka puasa tapi saya agak segan di situ.

inilah dia wawa, yang hujung tu kak ita. next week tak ada la lagi dua orang minah berjalan kaki melintas padang semata-mata nak menuntut ilmu. kalau tak saya dan wawa lah yang selalu jalan kaki panas-panas. ujian semalam markah kami dekat-dekat. itulah hasil usaha kami.

wajah terakhir miss vani yang saya sempat snap walaupun dia tak sedar. dia memang seorang lecturer yang best. susah nak jumpa kaum lain yang sanggup mengajar kaum melayu dengan bersungguh-sungguh. seriously. memang excited nak ke kelas dia every thursday. rasa enjoy disamping dapat mengular ilmu. last advice from her, ‘don’t look down on yourself, always confident, practice make perfect’

i wish i could be as confidence as her ;p

post signature