hari ni saya rancang nak balik kerja awal.

jadi saya pergi kerja asing-asing dengan en.nazir. dia naik motor dan saya naik kereta. pukul 7.30 saya masih terkedek-kedek belum mandi lagi. sempat juga saya merperdajalkan en.nazir pagi ni. masa dia di dapur, saya senyap-senyap sergah dia dari belakang. mak oi dia punya jerit, boleh bergegar blok kami tu. dah pagi-pagi hari gelak berdua laki bini dekat dapur.

dalam pukul 7.45 en.nazir dah keluar rumah. saya pun hantar lah dia depan pintu macam biasa. bila saya dah siap nak ke ofis, saya mencari mana kunci kereta. balik kerja semalam en.nazir yang drive. kalau saya yang drive mesti saya masukkan dalam handbag. cari punya cari tak jumpa. saya call en.nazir tanya mana pergi si kunci tu. rupa-rupanya dia dah terbawa kunci kereta ke tempat kerja daaaa. bengang betul makcik pagi-pagi hari.

nasib baik kawan saya belum pergi kerja. sempat juga saya call dia nak menumpang. buat kes betul en.nazir ni tau. dah tu dia gelakkan saya lagi. cisss~

padankan juga muka saya.

mungkin balasan dari mengenakan suami sendiri di pagi hari ;p

post signature