akhirnya terubat rindu dengan my BFF Aien.

sebenarnya malam khamis yang lepas, saya bermimpi berjumpa semua kawan-kawan baik saya dari sekolah rendah sampailah ke universiti. bila terjaga rasa rindu dengan kawan-kawan. aien salah seorang yang ada dalam mimpi saya tu.

masa perjalanan balik ke batu pahat, saya sms aien, dan kebetulan dia pun balik ke BP. rancang punya rancang, saya ajak en.nazir ke rumah aien di Taman Seri Kenangan, BP. dah lama tak jumpa kawan baik saya ni. kali terakhir jumpa masa dia jadi pengapit saya waktu bersanding dulu. angan-angan yang kami pasang masa study. kalau dia kawin dulu saya jadi pengapit. kalau saya kawin dulu dia yang jadi pengapit. aien dah pun tunaikan janji dia pada saya. thanks aien!

rancangan awal nak ke rumah aien hari sabtu, tapi atas sebab-sebab yang tertentu kami datang hari ahad. siap pesan dengan aien, masak sedap-sedap melampau betul kawan dia ni. en.nazir pulak suruh pesan “masak sedap-sedap raja senggarang nak datang”. poyo je kan. dah sampai sana buat-buat malu.

semua ahli keluarga aien ada di rumah. macam biasa mereka masih ramah tamah macam yang mula-mula saya kenal. makanan memang sedap-sedap belaka. sampai beberapa minit terus di ajak makan. malu juga rasanya tapi dah rezeki. hehehe~ lagi pun memang rindu dengan masakan umi.



dari dulu lagi saya admire dengan ruang tamu rumah aien ni. ada saja dekorasi menarik. pandai umi menghias rumah.

sorry aien, aku snap gambar tanpa tuan rumah sedari.

dalam pukul 3 kami pun dah beransur. aien dan fatin adiknya pun dah nak balik ke shah alam. sebelum balik umi sempat promote ‘chocolate chip cookies’ buatan umi. saya pun ambil sample dan nak promote dengan kawan-kawan. nanti saya buat entry khas. jadi sesiapa yang berminat boleh beli dari saya. rasa memang tak menghampakan. ikhlas saya puji, bukan kerana dia umi aien kawan baik saya yang dah macam umi saya sendiri. rasanya sebiji rasa famous amos cookies.

sebelum balik saya suruh en.nazir snap gambar kenangan kami. entah bila dapat jumpa lagi. masing-masing ada komitmen sendiri. harap-harap persahabatan kami akan kekal hingga akhir hayat. amin.

post signature