Lunch hour tadi saya turun agak lambat.

Lewat 15 minit dari biasa.

Bila sampai cafe, geng-geng budak praktikal sedang makan dengan jayanya. Saya pun order makanan dan join adik-adik ni sekali. Cuma Sufi dan Nina yang makan, yang lain berdiet mungkin.


[Inilah dia orangnya, ‘The Magician’]

Sebelah Nina ada seorang lelaki yang memang saya tak kenal, tapi selalu saya nampak di cafe bila lunch hour. Memang peramah orangnya. Diorang kenal masa company saya ni ada buka booth di Persada.

Sambil berbual-bual. Nina beritahu saya yang Encik ni, orang Serani dan dulu study on psychology. Bual punya bual, dia ada juga cerita pasal psychology ni. Tiba-tiba dia buat magic daaa.

Saya yang baru dapat makanan jadi terhenti nak makan. Apa magic yang dia buat? Hermmmm.. dia menukarkan duit RM1 kepada RM10. Serious saya tak tipu memang duit tu bertukar dari warna biru ke warna merah. Mata saya memang tak lepas pandang ke arah duit tu. Lepas tu saya pegang duit tu, memang duit RM10. Saya suruh dia tukar semula duit tu ke RM1. Ya, memang duit tu bertukar semula ke RM1. Buat pertama kalinya saya tengok magic depan mata. Kejakunan melanda. Trick dia menjadi, membuatkan mata kami jadi silap memandang.

Ada lagi yang dia tunjuk sebenarnya. Duit syiling hilang dari tapak tangan dia lah. Duit syiling jatuh ke bawah tembus meja lah. Dia kata banyak lagi yang dia boleh tunjuk, tapi takut orang di cafe tu terkejut. Entah-entah saya yang terkejut beruk dulu. Bila saya tengok apa yang dia buat saya rasa menggigil. Tak tahu kenapa. Mungkin level kejakunan saya terlalu tinggi, atau pun ilmu-ilmu Encik ni yang menggerunkan saya. huhuhu~

post signature