Baru sempat meng’update’ blog.

Sibuk membuat manual untuk e-leave staff. Bunyi macam advance sangat e-leave tu. Tapi sistemnya tak sepenuhnya stabil lagi. Kadang-kadang manusia susah nak terima pembaharuan. Tak kiralah dalam kehidupan seharian atau pun dalam alam pekerjaan. Pembaharuan memang sesuatu yang baik, tapi kadang-kadang menyusahkan.

Menyusahkan dari segi ketidaksediaan sistem tu sendiri. Bengang juga bila sistem masih tak stabil tapi kita dah diarahkan untuk gunakan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya bagilah trial period dulu. Emmmm.. tarik nafas dalam-dalam, lepaskan.. sabar je lah~

Sekarang ni ‘lalat’ di ofis mula menunjuk belang. Saya dan dia adalah system administrator untuk department. Haruslah ada kerjasama. Saya tak faham dengan dia. Kadang-kadang nampak dia suka menunjuk-nunjuk dengan boss yang dia seorang yang buat kerja. Saya dan kawan yang lain hanya lihat dan diamkan saja. Malas nak layan. Semakin hari semakin tensi. Rasa seperti mahu men’jotos’ kepala dia. Geram, bengang bercampur aduk dalam diri.

Sabar Hernee, sabar.


[Nota Hati: Saya dah menamatkan ‘Ilham Hati’ dengan jayanya malam tadi]

post signature