Setelah membuat permohonan rasmi beserta surat rasmi kepada En. Nazir ;p maka saya telah bersetuju untuk menghabiskan waktu rehat 2 jam hari ni dengan ‘Geng Makan’ saya. Dah lama betul rasanya tak makan dengan adik-adik saya ni.
Destinasi yang kami tuju, McD Nusa Bestari. Mentang-mentang gaji dah masuk. Jauh pula perjalanan ya. Saja nak bergosip-gosipan. Kadang-kadang ada benda yang kita kena share dan luahkan dengan kawan-kawan baru rasa lega. Betul tak?

Ini bukan iklan gigi atau ubat gigi. Ini nak tunjukkan keceriaan kami. hehehehe~ Pukul 2.10pm kami pun berdezup balik ofis. Dalam kereta mata rasa ngantuk gila. Apa taknya, perut dah kenyang, mata pun berat la ;p

post signature