Sepatutnya hari ini seperti yang ditetapkan, mak saya akan ke HSI untuk proses rawatan radioterapi. Tiba-tiba semalam petang pihak hospital telefon dan beritahu yang program hari ni dibatalkan atas sebab mesin pengukur rosak. Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian.

Bila dengar berita dari hospital, mak saya tiba-tiba terus rasa sakit di bahagian perut. Petang semalam juga ayah bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doc bagi ubat yang lebih ‘power’ katanya untuk tahan sakit.

Apa yang saya dapat simpulkan disini, selain dari bekalan ubat yang cukup sebelum ni, mak saya juga dibekalkan semangat yang kuat. Mungkin dia rasa bersemangat kerana HSI dah bersedia nak meneruskan rawatan. Tiba-tiba semalam bila diberitahu mesin rosak, semangat mak saya pun hilang. Sakit yang selama dia boleh tahan, jadi tak boleh. Semalam saya ada juga berbincang dengan ayah, mak, Anna dan En. Nazir. Mak memerlukan semangat yang kuat untuk lawan penyakit dia tu. Jadi kami mesti memainkan peranan yang penting untuk memastikan mak tak putus asa.

Tengah kami asyik berbual, Mok Teh dan anak-anak sampai. Saja nak menjengah mak katanya. Sempat juga saya suruh En. Nazir snap gambar kami. Semata-mata untuk tatapan Pok Teh saya nun jauh di sana. Insya’ALLAH Pok Teh saya dibenarkan balik cuti berhari raya di Malaysia. Harap-harap dia selamat sampai ke tanah air nanti.

post signature