Lusa 23/07 mak saya diarahkan ke Hospital Sultan Ismail. Bermulalah episod rawatan di HSI. For the first time, doc nak ukur dulu kat mana lokasi kanser tu. Bila dah tahu kat mana baru rawatan radioterapi dibuat.

Mungkin mak saya tak ditahan wad. Doc kata rawatan tu ambil masa 5 minit saja. Kalau pesakit tinggal di wad mungkin akan menambahkan tekanan. Ye la. Bayangkan dalam masa 24 jam sehari, masa rawatan hanya 5 minit. Baki 23 jam 55 minit lagi tu hanya duduk dan baring di katil hospital. Bagi saya memang boleh mendatangkan kebosanan. Mak saya dan adik saya akan tinggal di rumah Mak Cu saya di Setia Indah. Ayah akan bawak ke hospital setiap hari.

Mak saya dibekalkan dengan ubat-ubat kat atas nun. Banyak betul ubatnya. Alhamdulillah, HSI ni nampak lebih ok dan sistematik. Semoga mak saya selamat menjalani rawatan di HSI. Amin~

post signature