Last Friday, saya keluar makan KFC dengan Munirah dan adik-adik praktikal. Riuh rendah dibuatnya. Penuh kereta bawak anak-anak dara ni, Munirah, Nina, Cheh’ah, Raihaan dan Erda. Masing-masing peramah jadi saya tak kekok nak berbual. Masa makan tak snap gambar pun. Tiba-tiba rasa segan bila tengok ramai orang dalam KFC. hehehe~ Jadi masuk je kereta terus snap gambar.

Gambar kenangan dengan Munirah. Bilalah dapat jumpa dia lagi. Sekejap betul tempoh masa 2 bulan setengah tu kan. Rasa macam baru je semalam dia start praktikal. hehehe~

Memandangkan saya kena tapaw KFC untuk En. Nazir, jadi kami terpaksa singgah ke rumah saya sekejap. Saya ajak anak-anak dara ni semua singgah ke rumah. Masa pun panjang lagi, sempat juga jamu dorang makan pulasan dan rambutan.

Minah berdua Cheh’ah dan Nina ni antara yang mulut bising. Tak boleh start ketawa, confirm tak nak berhenti. Layankan je gambar dorang.

Sebelum balik ke ofis sempat lagi buli En. Nazir jadi cameraman. En. Nazir kata semua 2 x 5 gila bergambar. hehehe~ Dorang teringin nak bergambar dekat string curtain saya ni. Saya pun layankan aje. Jangan korang tali tu dah ler ;-p

post signature