Semalam plan nak ke pasar malam.

Balik rumah mandi manda terus ajak En. Nazir ke pasar malam. Sampai sana terus tuju ke gerai tongkeng ayam. Selalunya saya beli RM3. Alahai ciput nya dia bagi. Kali ni saya beli RM5. Tamak sungguh kan.


Lepas jumpa tongkeng, kami terus menuju ke gerai nasi kerabu pulak. Terliur saya tengok. Mula-mula cakap nak beli yang special. Tiba-tiba rasa nak yang biasa pulak. Harga Rm3.50. Beli 2 bungkus untuk kami berdua.

Tongkeng dah, nasi kerabu pun dah. Sekarang giliran kepak ayam madu lak. Tapi kenapa ada terselit pedal madu kat situ ek. Ada ke dalam list semalam??? Confuse..confuse. Ala macam tak kenal Hernee si kuat makan ni. Semuanya nak dibeli.

Kebab jangan dilupa ya. Kebab beli 2 juga RM2.50 satu. Balik ke rumah terus bedal. Bukan semuanya kami habiskan tau. Janganlah ingat saya se’pelahap’ itu. hehehe~ Kebab dan kepak ayam madu saya simpan dalam peti sejuk. Pagi hangatkan untuk breakfast. Saya tak sempat nak makan di rumah jadi saya bawak bekal ke ofis.

Kat ofis ada pula jiran tetangga yang baik hati. Semua kawan-kawan kat ofis dia belanja. Sebenarnya dia nak bagi saya nescafe. I’m not a nescafe lover. Saya tolak cara baik.

“Sorry..saya tak pernah minum nescafe”

Dia terus bagi saya susu Dutch Lady ni. Nak tak nak terima juga lah. Walaupun saya tak berapa suka susu Dutch Lady. Saya lebih suka susu HL Margold. Dah orang bagi, takkan nak cerewet pulakkan. Hentam saja la labu.

Nota suka hati: Hari ni boss takde lagi dia MC..neck pain..kesian dia semalam pun dah tak boleh nak toleh kiri kanan.. “get well soon Capt”

post signature