Mood nak bersantai menyebabkan saya jadi begini. Hari ni rasa malas nak aktif buat kerja. Boleh ke??? Bolehkan saja. Jadi saya melabel safety helmet dan safety vest yang baru sampai. Stok untuk department. Sambil layan radio. Wah, lemak betu mentang-mentang boss takde.

Saya berkampung dalam stor sorang diri. Menyiapkan label dan seterusnya menampal di safety helmet. Tengok syok menampal ada pula sorang ‘Pak Joyah’ datang menjengah. Dia ingat saya nak mengular duduk dalam stor agaknya. Sabar je la.

Lepas melabel helmet kita label safety vest pula ye. Label sampai masuk waktu lunch. hehehe~ Saya buat tak lama. Bersantai dalam satu jam terakhir sebelum rehat je.

Harap-harap takde orang mengendap masa ni. Malu gak saya kalau ada orang jengah. Apa la minah ni buat berangan sorang-sorang. hehehe~

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ku sangka boss tak masuk ofis, tup tup lunch hour dia masuk ofis daaaa. Hancus lebus impian nak bersantai sepanjang hari. huhuhu~

post signature