2 minggu yang lepas my MIL datang ke rumah dengan Kak Long sekeluarga [kakak sulong En. Nazir]. Sempat juga tidur semalam. Hari tu saya masak Spaghetti Meat Ball saja. Sebenarnya dorang dari rumah kenduri sepupu jadi ada juga bekalan makanan lain.

Meriah malam tu rumah kami dengan suara budak-budak. Maklum pertama kali datang sini. Dah lewat malam baru masing-masing tidur. Awal pagi dah bangun sebab Kak Long terpaksa balik Pasir Gudang awal, suami dia ada tugas yang nak dibuat.

Ni anak Kak Long Nabila. Dia ni kadang-kadang ada angin. Masa dia ok bolehlah main-main dengan dia. Tapi masa mood dia tak baik, asyik kena jerit je dengan dia. Saya memang suka menyakat dia tu yang sakit hati.hehehe~


MIL saya balik ke Senggarang petang Ahad tu. BIL dan family pula yang datang ambil. Dah lama Abang Ngah ni nak datang tapi kadang-kadang masa tu En. Nazir bekerja jadi dia pun batalkan je noat nak datang. Sebelum balik dorang sempat menziarah emak saya. Besan bertemu besan. hehehe~ Apa pun terima kasih pada MIL yang sudi datang ke teratak kami.

post signature