Rasa sedap tapi tak tahu nama. Itulah masalah saya sekarang. Saya makan makanan ni di rumah Azie minggu lepas. Lepas balik dari rumah emak sempat menyinggah rumah dia berborak. Opah hidangkan saya makanan ni. Dia dapat dari rumah orang kenduri. Saya pun makan je la tapi sampai sekarang tak tahu apa tajuk makanan tu. Yang satu inti daging. Satu lagi inti buah-buah yang dipotong halus + yogurt dan dimasukkan dalam bekas doh tepung yang rangup [faham ke ayat saya??]. Bekasnya pun boleh di makan. Anyone knows, nama makanan misteri ni? hehehehe~ Yang penting sedap!

post signature