Apa yang ringkas, tepat dan padat pun saya tak tahu. Yang pasti hari ni saya balik kerja menumpang kawan saya Aien. Untuk menunggu En. Nazir pukul 8pm tak sanggup rasanya. Boleh jadi patah pinggang saya. Lagi pun takde mood untuk berlamaan di pejabat yang suhunya mencecah 16 darjah celcius. Saya rasa macam berada di negara bersalji. Sepatah kata seorang pilot di pejabat saya ni, macam berada di Jerman hari ni.hehehe. Kalau boleh saya nak berselubung saja. Apakan daya takut dikatakan ‘hernee tiga suku’. Aien dah telefon makanya entry yang ringkas tapi tak berapa nak tepat dan padat ni saya hentikan di sini.

[Nota hijau: Kata Kak Neeza, kalau takde entry orang tak datang blog..hehehe~]

post signature