Farewell lunch ni juga dah lapuk dek hujan dah lekang dek panas. Saya kurang aktif untuk meng’update’ blog. Jadi semuanya saya hnay draft kan saja. Majlis ni minggu dijalankan minggu lepas sempena ke’pencen’an General Manager Marine Service Department yang diganti oleh boss saya. Sekarang boss saya gila kuasa menjaga dua jabatan. Saya dapat bayangkan betapa stress nya dia hinggakan hari Jumaat lepas nyaris-nyaris dia terpengsan di pejabat. Kesian boss saya.

Berbalik pada cerita farewell lunch. Saya tukang order makan. Macam biasa boss saya suka sangat makan ‘lontong kering’. Saya ikutkan saja janji semua makanan cukup. Penjimatan tengahari tu, kami tak payah keluar lunch. Ada makan free. Bila dijemput saya makan. Bila tak dijemput saya tak sentuh pun makanan.hehehe. Makanan jadi darah daging. Saya sangat sensitif bab-bab makan ni.

Sekarang inilah kawan saya, baik di pejabat atau pun dalam bab makan-makan. Munirah ni lah ‘practical student’ di department saya. Ada la kawan perempuan dalam masa 10 minggu ni. Kalau tak saya seorang yang tercanguk di pejabat. Umur dia baru 23 tahun. Sopan santun orangnya. Setakat ni saya memang selesa berkawan dengan Munirah. Harap-harap lepas ni kami still boleh keep in touch.

post signature