Alhamdulillah, baru sebentar tadi adik saya memeberitahu yang emak dibenarkan balik ke rumah sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail. Kenapa berpindah? Sebenarnya emak akan mendapatkan rawatan radioterapi di sana. Kami sekadar menurut apa juga keputusan dari doktor asalkan emak cepat sembuh. Adik ayah saya ada bertugas di sana jadi ada juga lah waris terdekat yang boleh dirujuk. Rumah Makcu saya juga berdekatan dengan hospital. Jadi ada jugalah ‘rumah rehat’ untuk kami.

Harap-harap tiada apa-apa masalah yang berlaku bila emak di rumah. Mesti emak saya dah rindu dengan rumahnya setelah seminggu ditinggalkan. Apa yang penting Nemo kucing kami kurang selera makan bila emak dan Anna tiada di rumah. Mungkin dia dapat rasa yang tuan dia tak sihat. Sabar ye Nemo, hari ni emak balik. Insya’Allah.

post signature