Pindah tempat lagi.. hadoi la hai.. penat rasa nak berkemas lagi..nasib baiklah ramai orang lelaki gagah perkasa di ofis saya ni kalau tak pengsan saya nak angkat mengangkat meja.. sekarang belum sampai gilirang saya.. mungkin petang ni workstation saya bertukar ke bahagian hadapan.. bermula 1 Jun boss saya akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk 2 department.. Marine Services dan Health, Safety & Environment.. kerja saya juga bertambah dan ada juga berkurang.. itu tak menjadi masalah kerana memang itu tugas saya.. persoalannya.. adakah ‘line clear’ untuk saya berblogging di ofis??? huhuhu~ tempat sekarang memang strategik.. saya suka..tapi arahan boss kena ikut.. saya terima saja.. kalau tak sempat berblogging di ofis.. saya blogging di rumah saja.. [ayat sedih :-(]

[Nota Ungu: Kepada Wawa & Tatie (rakan sekerja saya di Finance Dept & my silent readers) sekiranya anda terbaca entry ini.. sila jangan mengadu dengan Capt. Chong ya.. nanti saya belanja makan angin..hehehe~]

post signature