Hari Ahad yang lepas kami berkelah di bawah jambatan Laluan Kedua Malaysia Singapura..hehe~ lokasi yang menjimatkan.. tak perlu ke Tanjung Balau ke, Air Papan ke, berkelah di kawasan kampung sendiri dah mencukupi.. dapat juga menghilangkan tekanan di hujung minggu.. walaupun kami tak mandi manda tapi dapat juga menghirup udara laut..masing-masing ada tanggungjawab menyediakan makanan.. menu kami pagi tu.. nasi ambeng..aeh ambeng ke ambang?? hentam saja lah.. yang penting sedap..


Inilah juadah kami.. hasil usahasama maka terhasillah nasi ambeng.. walaupun kami bukan orang Jawa tapi jadi juga nasi nya..hehehe~ nak seribu daya kan.. kami ke sini sebenarnya nak menghiburkan mak.. semuanya idea Mak Idah.. supaya mak boleh lupakan penyakit dia buat sementara.. kami nak dia sentiasa ceria..


Sesampai saja kami terus menghidangkan makanan.. rupanya ada orang lain juga yang datang mengambil angin.. jiran lama saya..sempat juga kami bertegur sapa tanda bahasa.. walaupun tengah makan tapi masih sempat beraksi depan kamera..

Ini aksi-aksi model tepi pantai..hehehe~ perut dah kenyang kita hirup udara laut pula.. sambil tengok En. Nazir memancing.. lepas balik kerja malam En. Nazir beritahu saya yang ada pertandingan memancing di Kg. Pok.. tapi dia awal-awal dah beritahu yang dia nak ikut berkelah jadi dia batalkan saja.. memancing bawah jambatan ok juga walaupun hasilnya ikan buntal..hehehe~

Mak dan Mak Idah sempat juga layan kamera.. tengok mak saya bertambah-tambah kurus semenjak sakit ni.. Mak Idah la kawan penambah semangat dia.. itu dia dua kumbang yang menyelit di tengah-tengah lima kuntum bunga..hehehe~ nasib baik ada Ider sepupu saya.. ada juga teman En. Nazir.. kalau Ider tak de pun tak jadi masalah.. En. Nazir masih boleh duduk antara kami lagi..

Masing-masing berangan nak jadi model..hehehe~ dalam pukul 2 lebih kami dah mula berkemas untuk balik.. Mak Idah sempat juga terlelap.. mana tak nya..perut dah kenyang angin pula bertiup tak ke membuatkan mata jadi berat dan mengantuk..ehehe~

Gambar ini khas untuk peminat-peminat kami..hahahaha~ jangan muntah darah ye.. saja posing tepi En. Nazir yang tengah memancing.. tak silapnya lepas bergambar ni la buntal makan umpan..hahaha~ jangan tenung gambar saya lama-lama.. saya nampak kembang semangkuk di situ.. ;-p

Semasa perjalanan balik menuju ke kereta saya terjumpa pokok ini.. kami panggil pokok ni pokok letup-letup.. tak tahulah kalau ada nama lain.. dulu masa zaman kanak-kanak pantang jumpa pokok ni.. mesti petik buahnya yang dah masak kuning dan makan.. tapi masa jumpa hari tu tak berani pula saya nak petik.. dah lama tak makan nanti keracunan ke susah jadinya..hehehe~ kami sampai rumah dah hampir-hampir ke pukul 3.. siap-siap mandi dan buat apa yang patut terus terbongkang sampai ke pukul 5..

post signature