Klinik ni lah yang saya terjah semalam Pusat Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Khor & Loh Sdn Bhd. Lokasinya, di alamat No. 145 & 147, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor. Klinik ni beroperasi 24 hours for emergency and delivery. Kot la ada kawan2 yang sekitar JB ni nak mencuba di sini, bolehlah ke alamat yang saya bagi tu.

Doktor yang merawat saya sebelum ni, Dr. Ong Siew Kok. Tapi masa hari saya buat follow up check up ni, saya dirawat oleh Dr. Khor Kheng Siang. Haa.. teringin sangat nak tengok Dr. Khor, dapat juga akhirnya. Both docs are very friendly. Sangat senang nak bertanya itu dan ini.

Dr. Khor scan rahim saya dah ok dan dia suruh teruskan penjagaan seterusnya. Dia suruh saya teruskan makan folic acid macam biasa. Dia kata saya tak ada masalah untuk mengandung, cuma masalahnya kandungan tu tak kekal lama. Sama macam Dr. Ong, dia suggestkan saya untuk makan pil yang saya lupa nama tu, if saya pregnant lagi. Buat masa ni dia suruh saya berehat dulu. Apa yang tak sedap didengar, bila doktor potensi untuk miscarriage ada 50% tapi dia kata jangan risau coz mungkin ada rezeki akan datang untuk saya. Sebelum ni pun dia pernah handle patient yang 12 kali keguguran. At last, that lucky woman dapat juga seorang baby. Rezekikan, semua Allah punya kuasa. Mak oi terbeliak juga mata saya bila dengar macam tu. Minta dijauhkan terjadi pada saya.

Lepas dengar nasihat doktor, kami pun menunggu giliran nak bayar bil. Comel pula mata saya tengok amoi2 kat klinik ni. Friendly pun ye juga. Badan masing2 mak oi slim melim ;p Rasanya bila la saya nak menjadi slim semula macam amoi2 ni hehehe~ En. Nazir cakap “ewah sempat aje snap muka orang tu” hehehe~

Harga kat klinik ni pun berpatutan la. Scan tanpa ubat baru RM30 saja. Last check up, saya kena RM40 sebab scan + ubat. boleh bayar guna credit card tapi bila bil nya mencecah RM500 saja. Saya rasa macam berpatutan, tak tahulah kalau ada yang lagi murah.

Sebelum meninggalkan klinik dan tak tahu bila datang lagi coz dia kata datang bila perlu je, saya sempat suruh En. Nazir berposing depan klinik ni. Harap maaf jangan betulkan skrin PC anda, sebab tudung saya memang senget hehehe~ Lantak la situ memang tak ada mood nak melawa sakan. Kan saya dah kata pagi tu.. saya pergi kerja muka macam tar kena lenyek steam roll hehehe~ Balik rumah dua2 terbongkang kepenatan.


*** tengah mencari idea nak masak apa ikan siakap free ni.. tekak ni nak makan ikan bakar.. bakar ikan ni pun sodap agaknya cicah pula dengan air asam.. nyum2..kalau jadi masak ikan bakar tunggu je la next entri ye~***

post signature